Kecewa kualiti produk tidak seperti diiklankan - Utusan Malaysia

Kecewa kualiti produk tidak seperti diiklankan

KOD angka pada tayar yang menunjukkan ia dikilangkan pada 2019. – IHSAN PEMBACA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

Platform e-dagang kini semakin dikenali ramai untuk membeli dan menjual produk dalam talian.

Pada Januari lalu, saya membeli tayar skuter baharu daripada penjual di Johor Bahru. Transaksi dibuat melalui dalam talian dari peringkat tempahan hingga bayaran sebelum produk dihantar kepada saya.

Saya telah berkomunikasi dengan penjual untuk mengetahui tahun tayar tersebut dikilangkan. Penjual mengesahkan melalui mesej dalam talian yang disediakan bahawa tahun tayar tersebut dikeluarkan adalah pada hujung 2020.

Bagaimanapun, tayar yang sampai kepada saya adalah keluaran 2019 seperti yang tertera dengan angka 4219 bermaksud ‘minggu 42 dan tahun 2019.’ Ini bermakna penjual tidak menepati perjanjian bersama.

Faktanya, tayar tersebut dikeluarkan antara Oktober hingga November 2019. Ini bermakna ia adalah stok lama yang disimpan sehingga setahun sebelum dijual.

Selain isu pelanggaran perjanjian, pengguna terdedah kepada risiko keselamatan apabila mengunakan tayar lama walaupun mempunyai corak bunga yang baik berikutan kualitinya rendah.

Dalam pertikaian ini, pengendali platform e-dagang membuat keputusan menyebelahi penjual dengan tidak meluluskan rayuan saya untuk memulangkan produk dan mendapat kembali wang dituntut.

Oleh itu, disarankan agensi dan kementerian berkaitan dapat memantau isu ini dari perspektif hak pengguna dan keselamatan di jalan raya.

Saya berpendapat, pengedali platform e-dagang meletakkan syarat-syarat wajib seperti tayar yang dijual tidak melebihi setahun dari tarikh dikilangkan.

Pembeli juga perlu diberi hak untuk memulangkan tayar yang tidak memenuhi syarat tersebut dan menuntut wang sepenuhnya daripada penjual seperti diamalkan di negara-negara maju dengan memperketatkan Akta Perlindungan Pengguna (Pindaan) 2017.

TENGKU MAN
Senawang, Negeri Sembilan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya