Baucar RM8,400 bantu pelajar UUM golongan B40 - Utusan Malaysia

Baucar RM8,400 bantu pelajar UUM golongan B40

Massudi Mahmuddin menyerahkan baucar bernilai RM8,400 kepada Muhammad Saniy Samsudin dalam majlis ringkas di Universiti Utara Malaysia (UUM), baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

WALAUPUN berdepan pandemik Covid-19, Universiti Utara Malaysia (UUM) tidak pernah mengabaikan kebajikan penuntutnya yang berada di kampus untuk mengikuti pembelajaran.

Atas dasar prihatin, UUM menyerahkan baucar makanan kepada 120 pelajar daripada golongan B40 untuk digunakan di kampus untuk tempoh 14 hari.

Baucar itu diserahkan kepada Majlis Presiden Jawatankuasa Kepimpinan dan Pembangunan Siswa (MPJ), Muhammad Saniy Samsudin oleh Dekan Hal Ehwal Pelajar, Profesor Madya Dr. Massudi Mahmuddin.

Majlis penyerahan ringkas yang diadakan di ruang legar Jabatan Hal Ehwal Pelajar disaksikan oleh Pengarah Bahagian Perkhidmatan dan Sokongan Pelajar, Profesor Madya Dr. Rajwani Md. Zain dan Presiden MPJ, Muhammad Saniy Samsudin.

Sementara itu, pelajar-pelajar yang ditemui selepas pengagihan baucar berharap sumbangan sedemikian dapat membantu mereka untuk membeli makanan sepanjang berada di kampus.

SAMSUDIN OLI MOHAMED
Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN