Warkah untuk orang politik - Utusan Malaysia

Warkah untuk orang politik

Pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin (kiri) sebagai Perdana Menteri kelapan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selaras Perkara 402(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

Kami telah memilih dirimu (ahli politik) kerana percaya akal budimu. Justeru, jangan dirimu mengubah haluan sehingga menghilangkan kepercayaan kami terhadapmu.

Ini zaman kesedihan kami apabila negara ditimpa penularan Covid-19 dan dilanda banjir.

Dalam keadaan ini, kami sebagai rakyat berada dalam kesusahan apabila perlu berhadapan kepayahan dalam mencari sesuap nasi.

Kami tahu, jumlah pendapatanmu mencecah ribuan ringgit. Setahun digunakan pun tidak habis tetapi dalam situasi sukar ini, fikirkanlah juga kebajikan rakyat yang sedang menempuh dugaan daripada Allah SWT.

Jangan berebut kuasa dengan memecat mereka yang tidak sehaluan dan memohon untuk mengadakan pilihan raya. Sabarlah, waktu dan ketika akan tiba jua.

Ini musim susah kami. Rakyat gelisah, rasa benci tentang sikap dirimu yang mementingkan kuasa dan jawatan tanpa mengira kesusahan rakyat yang terpaksa terhimpit demi meneruskan kehidupan.

Ingatlah, sikap sombong dirimu itu akan terbalas nanti. Kerajaan sekarang telah teguh membantu rakyat dengan pelbagai cara. Jangan buat kecoh dengan hal-hal remeh- temeh.

Bangkitlah bersama membantu rakyat dan negara supaya semuanya selamat. Kes Covid-19 makin meningkat dengan mencecah empat angka. Sedarlah dirimu ahli politik, jangan bermain wayang kelak nanti orang Melayu yang rugi.

ABDUL AZIZ ALIi
Ipoh, perak

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya