Pilih berani buat, bukan berani janji - Utusan Malaysia

Pilih berani buat, bukan berani janji

Sekolah satu aliran sentiasa dinantikan oleh rakyat di negara ini, namun siapakah pemimpin yang berani mengubah Dasar Pendidikan Negara?
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

kita sudah ada lapan Perdana Menteri dan kesemua mereka terdiri daripada orang Melayu beragama Islam.

Namun, tiada siapa pun dalam kalangan lapan pemimpin itu berani untuk menutup sekolah vernakular.

Tidak seperti Singapura, apabila negara itu keluar sahaja dari Malaysia, Perdana Menteri Singapura mengarahkan semua sekolah jenis kebangsaan Melayu, Cina dan Tamil ditutup kecuali aliran bahasa Inggeris.

Mengapa saya menulis hal-hal begini? Ini kerana tidak lama lagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan diadakan.

Sebagai rakyat tempatan, kita hanya ingin melihat parti yang berani berjanji dalam manifesto, jika mereka berkuasa mentadbir negara akan menutup semua sekolah jenis kebangsaan dan hanya mewujudkan sekolah kebangsaan satu aliran bahasa Melayu.

Rakyat mahu melihat siapa pemimpin yang berani mengubah kandungan Dasar Pendidikan Negara dengan mewajibkan semua sekolah melaksanakan aliran satu bahasa iaitu bahasa Melayu.

Walaupun ada parti yang mungkin berusia baru setahun jagung sanggup menyahut cabaran ini, pasti pengundi akan memberi sokongan.

Masyarakat sudah muak dengan permainan politik yang tidak nampak hala tuju perjuangannya untuk negara. Malaysia sudah menjadi bahan jenaka kepada orang luar.

OMAR LOLO
Kuala Lumpu

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya