Larang lelaki berpakaian wanita ke pejabat - Utusan Malaysia

Larang lelaki berpakaian wanita ke pejabat

Etika pemakaian ke pejabat bukan sahaja harus kemas, namun tidak menimbulkan kekeliruan jantina. – GAMBAR HIASAN/SUMBER INTERNET
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SAYA bekerja di sebuah syarikat swasta yang dilihat mengamalkan sikap terbuka dalam etika pemakaian pekerja.

Saya tiada isu mengenai pemakaian yang lebih santai kerana skop pekerjaan di sini kebanyakkannya tugasan di luar pejabat. Namun, kebebasan yang diberikan menyakitkan mata apabila pihak pengurusan membenarkan lelaki berpakaian wanita.

Walaupun bersikap terbuka dengan alasan tidak mahu pekerja rasa tertekan, bagi pandangan saya, tindakan tersebut adalah tidak wajar kerana menggalakkan perkara-perkara haram.

Dari segi persahabatan, golongan lelaki berperwatakan wanita sangat ramah, baik hati dan mempunyai semangat setia kawan, namun itu tidak cukup untuk menghalalkan perbuatan mereka yang secara terang-terangan salah di sisi agama.

Dalam Islam, secara jelas perbuatan lelaki menyerupai wanita adalah haram dan berdosa besar. Maka, mengapa perkara sebegini dibenarkan di sebuah syarikat yang dimiliki oleh orang Islam?

Sepatutnya sebagai majikan, mereka memainkan peranan dalam membendung golongan celaru jantina ini ke jalan yang benar supaya mereka berubah kepada identiti asal.

Sekiranya tiada inisiatif daripada majikan, golongan celaru jantina ini akan berasa besar kepala dan bebas menjalani kehidupan harian tanpa rasa bersalah sehingga mereka berani masuk tandas wanita tanpa rasa segan atau bersalah.

Kami kaum hawa rasa teraniaya kerana lelaki dalam tandas yang sepatutnya untuk wanita. Ia bukanlah perkara yang boleh dibuat main-main kerana melibatkan aurat.

Justeru, saya berharap kerajaan mengeluarkan satu garis panduan yang menghalang lelaki berpakaian wanita dan sebaliknya di tempat kerja bagi mengekang masalah sosial sebegini.

MASTURA
Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya