Jangan ikut budaya Barat - Utusan Malaysia

Jangan ikut budaya Barat

Kamal Adli melamar kekasihnya, Uqasha Senrose dalam progrsam televisyen secara langsung, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

KECOH seketika peminat dunia hiburan apabila pelakon Kamal Adli melamar Uqasha Senrose secara langsung di kaca televisyen dalam satu program anugerah hiburan, baru-baru ini.

Budaya melamar seperti itu juga pernah dilakukan oleh Hairul Azreen dengan Hanis Zalikha dan Awal Shaari dengan Scha Alyahya beberapa tahun dahulu yang juga mendapat reaksi daripada pelbagai pihak.

Budaya melamar yang memperlihatkan lelaki melutut sambil menghulurkan cincin bukanlah sebahagian daripada ajaran Islam.

Perilaku berkenaan lebih sinonim dengan peradaban Barat yang amat bertentangan dengan masyarakat kita. Rakyat di negara ini cukup mementingkan adat.

Trend melamar secara terang-terangan merupakan budaya Barat yang tidak wajar dicontohi oleh umat Islam. Islam mengajar umatnya merisik wanita pilihan terlebih dahulu agar dapat berkenalan dengan calon isteri.

Ini kerana tujuan merisik adalah untuk menyiasat keperibadian bakal calon seperti status dan rupa paras agar tiada masalah atau perselisihan faham selepas berkahwin nanti.

Perkara ini tidak boleh dipandang ringan dan sambil lewa kerana dikhuatiri menjadi ikutan sekali gus masyarakat mula hilang hormat terhadap ajaran Islam.

Lebih-lebih lagi jika perkara ini dibiarkan dengan alasan kononnya mereka artis, mahu menunjukkan sifat romantik ataupun semata-mata mengejar rating televisyen. Ini akan menggalakkan anak muda terutamanya untuk mengikut budaya sebegini.

Diharap stesen televisyen lebih peka dan tidak membenarkan mana-mana pihak mewujudkan segmen lamaran seperti ini dalam mana-mana program demi menjaga sensitiviti masyarakat, sekali gus memartabatkan ajaran Islam.

ZULIN
Pahang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya