Bayarlah kepada kerajaan Kedah - Utusan Malaysia

Bayarlah kepada kerajaan Kedah

KAKITANGAN Lembaga Sumber Air Negeri Kedah (LSANK) memeriksa kualiti air yang terdapat di negeri itu. – MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

POLEMIK air antara kerajaan Kedah dan Pulau Pinang bertambah hangat apabila terdapat cadangan melombong unsur nadir bumi (REE) di Sik yang terletak di Hutan Simpan Ulu Muda. Kawasan ini menjadi tempat tadahan air untuk kegunaan penduduk di negeri-negeri utara Semenanjung.

Jika kerajaan Pulau Pinang sentiasa mengingatkan Kedah supaya menjaga kawasan Hutan Simpan Ulu Muda bagi tujuan jaminan sumber air, sewajarnya mereka juga perlu menghargai pengorbanan Kedah yang telah mewartakan Ulu Muda sebagai kawasan hutan simpan sehingga menyebabkan kerajaan negeri kehilangan sumber hasil.

Oleh itu, amat jelik jika pemerintah Pulau Pinang hanya tahu mendesak Kedah supaya menjaga sumber air dan tidak meneroka REE, tetapi pada masa sama langsung tidak membayar pengurusan sumber air yang mereka perlukan itu.

Sedangkan penduduk Kedah sendiri membayar air yang dibekalkan kepada mereka. Ini bagi menampung kos Syarikat Air Darul Aman (SADA) yang membayar caj rawatan air mentah kepada Lembaga Sumber Air Negeri Kedah (LSANK).

Jika rakyat Kedah pun membayar penggunaan air, secara moral kerajaan Pulau Pinang perlu membayar dengan kadar sama kepada LSANK bagi membolehkan wang itu disalurkan bagi mengekalkan kelestarian kawasan tadahan air berkenaan.

DR. IBRAHIM BAKAR
Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia
Cawangan Kedah (PSMCK)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN