Flat Desa Petaling uzur - Utusan Malaysia

Flat Desa Petaling uzur

KEADAAN flat yang uzur di Taman Desa Petaling, Kuala Lumpur, baru-baru ini. - UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SAYA terpanggil untuk menyuarakan keadaan blok bangunan di Flat Desa Petaling di ibu negara yang dibiarkan uzur dan buruk tanpa diselenggara. Terletak di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur, keadaan ini tidak sepatutnya diabaikan oleh kerajaan khususnya Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memandangkan ia boleh menjejaskan imej ibu negara.

Sekiranya pengurusan flat berkenaan bukan di bawah kerajaan, saya difahamkan di bawah KPKT terdapat Tabung Penyelenggaraan untuk membaikpulih atau menyelenggara rumah berstrata kos rendah atau sederhana rendah swasta. Pihak pengurusan perumahan (JMB) atau persatuan penduduk yang berdaftar boleh memohon dana menerusi tabung ini.
Kerja-kerja pembaikan yang boleh dipohon adalah seperti penyelenggaraan atau baik pulih lif, tangga, bumbung, mengecat, membaiki tangki air dan sistem retikulasi atau penyelenggaraan paip sanitari.

Selain itu, kos penyelenggaraan lain yang boleh dipohon ialah pendawaian semula dan membaiki kerosakan umum yang membahayakan penghuni.

WARGA PRIHATIN
Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya