DI era digital ini, WhatsApp bukan lagi sekadar aplikasi komunikasi biasa. Ia menjadi sebahagian daripada rutin harian masyarakat, bukan sahaja untuk berkomunikasi dan bersosial, malah turut digunakan secara meluas dalam urusan kerja. Namun, di sebalik kemudahan ini, tersembunyi satu dilema yang semakin ketara, khususnya apabila tiba musim perayaan. Kajian yang dijalankan pensyarah kanan di Pusat Asasi Sains Universiti Malaya mendapati penggunaan WhatsApp sebagai saluran komunikasi kini menjadi budaya dalam organisasi moden. Komunikasi kerja boleh berlaku pada bila-bila masa, seawal pagi selepas bangun tidur sehingga lewat malam sebelum tidur, memudahkan pekerja…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya