CADANGAN pengambilan guru baharu dua kali setahun yang akan dilaksanakan Kementerian Pendidikan bermula tahun ini adalah tindakan yang terbaik bagi mengatasi kekurangan guru. Ia sebagaimana kata-kata Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan seperti tersiar di muka depan, Utusan Malaysia, pada 22 Februari lalu, antara lain menyebut pengambilan guru dilaksanakan menggunakan kluster mata pelajaran bagi membolehkan lebih ramai calon yang mempunyai kelayakan dan kemahiran dilantik selain ia diperluaskan kepada graduan-graduan berpotensi tinggi dari universiti swasta dan universiti luar negara. Sejak kebelakangan ini, ramai guru yang memohon bersara pilihan atas faktor peribadi, antaranya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya