MALAYSIA sudah merdeka selama lebih enam dekad, namun jurang antara kaum masih wujud. Dalam kalangan orang Melayu, pemberian kerakyatan kepada kaum Cina dan India sewaktu kemerdekaan sering dianggap sebagai bentuk pengorbanan besar. Maka wujud anggapan kedudukan istimewa Melayu adalah satu bentuk pampasan yang wajar dipertahankan. Naratif ini lama tertanam dan menjadi sebahagian daripada sentimen politik serta sosial masyarakat. Dalam masa sama, masyarakat bukan bumiputera pula sering menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap dasar-dasar afirmatif seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan keistimewaan dalam sektor pendidikan, pekerjaan dan perniagaan. Sistem pendidikan negara…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya