DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mencadangkan pembinaan sekolah konsep menegak sebagai penyelesaian terhadap isu keterbatasan tanah di ibu kota. Konsep ini dilaksanakan di beberapa negara maju seperti Singapura dan Jepun, namun pelaksanaannya di Malaysia memerlukan kajian mendalam bagi memastikan keberkesanan dan keselamatannya. Bangunan sekolah yang tinggi menimbulkan cabaran keselamatan, khususnya dalam situasi kecemasan seperti kebakaran. Laluan evakuasi yang mencukupi serta sistem pemadaman kebakaran automatik perlu dipastikan agar proses pemindahan berjalan lancar dan selamat. Kapasiti lif dan tangga kecemasan juga perlu direka untuk menampung jumlah pelajar yang ramai bagi mengelakkan kesesakan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya