SUSULAN daripada satu hantaran tular di media sosial berkenaan seorang kanak-kanak OKU yang disyaki telah didera oleh pengasuh di taska, ibu bapa mangsa telah hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Cawangan Shah Alam pada 4 Februari 2025 untuk membuat aduan. Pegawai Diberi Kuasa (PDBK) JKM Negeri Selangor mendapati premis telah berdaftar di bawah Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sebagai tadika menerusi perakuan pendaftaran sementara yang telah dikeluarkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah. Tadika ini juga menjalankan kelas Early Intervention Program (EIP) untuk kanak-kanak OKU. Hasil pemeriksaan juga turut mendapati tadika tersebut menerima…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya