Parkir LRT Bandar Tasik Selatan kotor

Parkir LRT Bandar Tasik Selatan kotor

STESEN Transit Aliran Ringan (LRT) Bandar Tasik Selatan yang dicemari dengan sampah sarap.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEBAGAI pengguna, saya amat kecewa dengan keadaan parkir di stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bandar Tasik Selatan yang dicemari dengan sampah sarap. Berdasarkan pemerhatian saya, longgokan sampah seperti plastik minuman, pembungkus makanan dan botol plastik berselerakan tanpa sebarang pembersihan. Malah, keadaan dan suasana di ruangan parkir juga bagaikan tidak terurus dan tidak kelihatan pekerja pembersihan yang membersihkan kawasan tersebut. Saya berharap aspek kebersihan ini diambil berat kerana lokasi pengangkutan ini juga menjadi tumpuan pelancong yang menggunakan perkhidmatan di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) yang terletak berdekatan.-UTUSAN KASIM SELAMAT Cheras

 

Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya