MATEMATIK merupakan subjek asas yang memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian dan kerjaya masa hadapan. Walau bagaimanapun, masih terdapat kelemahan dalam penguasaan subjek ini dalam kalangan pelajar, meskipun mereka telah mempelajarinya sejak peringkat sekolah rendah. Salah satu punca utama kelemahan penguasaan matematik dalam kalangan pelajar ialah sukatan pelajaran yang terlalu padat dan kompleks. Kurikulum matematik di sekolah rendah bukan sahaja menekankan konsep asas, tetapi juga memperkenalkan soalan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) yang mencabar. Meskipun KBAT adalah kaedah yang baik untuk melatih pelajar berfikir secara kritikal, pendekatan ini seharusnya diterapkan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya