LAUNGAN azan sebelum berangkat menunaikan ibadah haji atau umrah merupakan amalan yang memiliki nilai rohani, selain menjadi peringatan penting kepada jemaah mengenai kewajipan ibadah. Azan, sebagai seruan ibadah, bukan sahaja berfungsi untuk membangkitkan semangat, tetapi juga bertindak sebagai alat menyatukan niat dan memperbaharui tekad untuk memulakan perjalanan rohani yang mulia. Apabila azan dilaungkan, jemaah diingatkan perjalanan mereka bukan sekadar fizikal ke tanah suci, tetapi untuk mendekatkan diri kepada Allah, memohon keampunan-Nya dan melaksanakan rukun Islam yang kelima. Azan membantu jemaah mengarahkan pemikiran dan hati mereka kepada Allah, agar semua perbuatan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya