DALAM dunia yang semakin didominasi teknologi, kehadiran perpustakaan semakin terpinggir. Generasi Z lebih cenderung menggunakan gajet dan aplikasi komputer berbanding mengunjungi perpustakaan. Di Malaysia, kajian Perpustakaan Negara menunjukkan kadar kunjungan ke perpustakaan menurun secara ketara, dengan akses mudah kepada internet menjadi salah satu punca utama. Teknologi membawa manfaat besar dalam pembelajaran, tetapi juga menyebabkan kebergantungan terhadap maklumat digital yang sering kurang ketepatan berbanding sumber bercetak. Buku dan jurnal akademik melalui proses penyuntingan ketat, menjadikannya lebih dipercayai sebagai rujukan utama. Oleh itu, keseimbangan antara penggunaan teknologi dan pembacaan fizikal amat penting.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya