DALAM beberapa tahun kebelakangan ini, kita dapat melihat trend yang semakin ketara dalam program realiti mega apabila menampilkan artis-artis Indonesia sebagai bintang tamu serta juri jemputan. Selain itu, penggunaan lagu-lagu Indonesia dalam rancangan tersebut juga amat meluas, mengatasi jumlah lagu tempatan yang dimainkan. Lihat sahaja segmen duet pertandingan akhir sebuah program realiti, yang mana tiga daripada enam lagu adalah daripada Indonesia, dengan hanya dua lagu duet tempatan dan satu antarabangsa. Tidak dapat dinafikan artis Indonesia mempunyai reputasi dan pengaruh yang besar di rantau ini. Mereka sudah mempunyai peminat yang kukuh…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya