KITA sering melihat golongan remaja memecut laju di jalan raya, menonjolkan aksi berbahaya dan mengabaikan aspek keselamatan diri. Keasyikan mereka bergembira bersama rakan sebaya akhirnya bukan sahaja membahayakan nyawa sendiri, malah turut mengancam pengguna jalan raya lain. Kesempatan cuti sekolah atau hujung minggu kerap kali dijadikan waktu ‘bermain’ motosikal di kawasan perumahan mahupun jalan utama. Tindakan ini tidak ubah seperti mengundang bencana, apatah lagi sekiranya motosikal tersebut diubah suai untuk menambah kelajuan. Lebih menyedihkan, kejadian tragis seperti kemalangan yang meragut nyawa sering berlaku sebelum tiba hari raya. Ketika orang ramai…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya