SAYA ingin mengulas mengenai fahaman atau ajaran sesat yang menjadi isu panas sejak mutakhir ini. Pada pandangan saya, sepatutnya umat Islam di seluruh negara diberi fahaman serta penjelasan secara tepat dan juga terperinci mengenai kedudukan Islam yang sebenar-benarnya. Khutbah Jumaat dilihat sebagai saluran terbaik bagi menyampaikan intipati penting demi kebaikan masyarakat umat Islam. Ini kerana khutbah Jumaat menjadi satu-satunya medium komunikasi sehala setiap minggu bagi umat Islam untuk mendengar teguran, nasihat, amanat dan pesanan yang menyentuh pelbagai isu serta perkara. Islam ialah agama yang diwahyukan oleh Allah SWT, ia bukan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya