RICHARD Elmore, seorang profesor di Universiti Harvard berkata, teras instruksional perlu dihayati sejajar dengan usaha Kementerian Pendidikan ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan melahirkan sekolah berkualiti. Guru bukan hanya penyampai ilmu. Guru perlu berkemahiran dalam mengurus aktiviti pengajaran. Keberkesanan guru dalam merancang pengajaran, mengurus bilik darjah serta menyediakan pengalaman pembelajaran yang menarik dan mencabar adalah asas kejayaan dalam penyampaian ilmu. Pengajaran yang berkesan memerlukan fleksibiliti dengan menyesuaikan pendekatan mengajar mengikut keperluan individu murid. Oleh itu, guru wajar memiliki keupayaan dalam pedagogi berbeza bagi memastikan pendekatan pengajaran digunakan sesuai dengan keperluan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya