DALAM era digital yang semakin berkembang pesat ini, fenomena tular muncul sebagai satu saluran suara rakyat dalam usaha mencari keadilan. Trend menularkan isu semakin ketara apabila berhadapan dengan kekecewaan dalam mendapatkan penyelesaian melalui saluran rasmi sedia ada. Situasi ini juga mewujudkan satu budaya yang mana masyarakat mula melihat media sosial sebagai ‘mahkamah rakyat’. Lebih membimbangkan, ia mewujudkan budaya tular atau tidak akan diselesaikan, yang boleh mengakibatkan isu-isu penting menjadi sekadar bahan sensasi tanpa penyelesaian sebenar. Keadaan ini juga boleh menyebabkan masyarakat mula memandang rendah proses dan prosedur yang telah ditetapkan.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya