KEMALANGAN melibatkan kenderaan berat di Kilometer 43 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) berhampiran Bukit Tinggi di Bentong, Pahang menghala ke arah timur seakan tiada kesudahan. Malah kerap berlaku sejak lebuh raya ini dibuka pada hujung 1970-an lagi. Keadaan lebuh raya berbukit tinggi, laluan curam dan bengkang bengkok bahaya kepada kenderaan besar yang membawa beban berat. Sekiranya keadaan brek kenderaan tidak begitu baik ditambah keadaan jalan licin, sudah tentu boleh mengundang bahaya kepada kenderaan besar. Pada November 2021, saya menulis mengenai isu yang sama dalam ruangan Forum, Utusan Malaysia. Saya cadangkan supaya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya