PADA masa lalu, wabak penyakit meningokokal invasif dikaitkan dengan perhimpunan keagamaan secara besar-besaran seperti umrah, terutamanya pada 1987 dan ia melanda sekali lagi pada 2000. Letusan wabak ini menunjukkan kepentingan kaedah pencegahan melalui vaksinasi wajib. Penyakit meningokokus, yang disebabkan oleh bakteria neisseria meningitidis (N. meningitidis) merebak melalui titisan cecair pernafasan dan air liur, menjangkiti lapisan otak dan saraf tunjang (menyebabkan meningitis) atau aliran darah (septisemia), yang mengakibatkan pendarahan pada pelbagai organ. Apabila merebak ke dalam darah, ia boleh menyebabkan demam, menggigil, kelesuan, cirit-birit, mual, sesak nafas dan sakit badan. Meningitis…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya