MAJLIS Agama Islam Selangor (MAIS) menasihatkan semua pihak untuk menghormati proses rayuan yang sedang dilaksanakan menurut Peraturan-Peraturan Tauliah Bagi Pengajaran Agama Islam (Negeri Selangor) 2024. Apa-apa keterangan atau penjelasan berhubung dengan penarikan tauliah tersebut hendaklah dibuat oleh individu mengikut saluran yang sewajarnya melalui rayuan yang telah dikemukakan kepada Jawatankuasa Rayuan dan bukannya dengan menularkannya di media sosial. MAIS juga menggesa semua pemegang tauliah mengajar agama Islam untuk mematuhi dan tidak melanggar atau mempertikai fatwa yang telah diwartakan. Dalam hal ini, isu istighathah dan tauhid tiga yang ditimbulkan telah dijelaskan dalam…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya