SEBAGAI sebuah masyarakat yang prihatin, kita sentiasa berharap industri perfileman mampu mengetengahkan isu buli sebagai pengajaran kepada umum, khususnya generasi muda. Namun, filem Kahar: Kapla High Council, pada hemat saya, bukanlah karya yang sesuai ditayangkan pada waktu ini. Saya melihat ini sebagai langkah yang kurang sensitif, terutamanya selepas beberapa tragedi berkaitan kes buli yang menjadi perhatian. Babak ‘perlawanan’ dan ‘ragging’, secara tidak langsung mengangkat budaya buli sebagai sesuatu yang ‘hebat’ atau normal. Kita tidak mahu babak-babak sebegini menular ke alam realiti, sama ada di peringkat persekolahan mahupun institusi pengajian tinggi.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya