PERSATUAN Alumni Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (Alumni MPPK) ingin merakamkan penghargaan setinggi-tingginya kepada kerajaan atas penerusan inisiatif FLYSiswa, iaitu subsidi tiket penerbangan yang diumumkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri, semasa Majlis Perasmian Karnival FLYSiswa 2024. Program FLYSiswa 2024 dijangka memberi manfaat kepada sekitar 60,000 mahasiswa yang meliputi universiti awam, politeknik, kolej komuniti, dan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). Dengan peruntukan RM24 juta, inisiatif ini juga menyaksikan peningkatan jumlah subsidi pembelian tiket penerbangan daripada RM300 kepada RM400, yang diharap dapat mengurangkan beban kewangan mahasiswa, khususnya golongan yang kurang berkemampuan.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya