SAYA merupakan salah seorang penduduk di Kampung Giching di Sepang, Selangor yang tertekan berikutan gangguan monyet di kawasan perumahan. Justeru, saya memohon jasa baik pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar & Taman Negara Semenanjung Malaysia (Perhilitan) supaya menangkap monyet yang sentiasa datang, mengganggu dan berkeliaran selain merosakkan tanamam penduduk kampung. Setiap hari beratus ekor monyet datang mencari makan dan membuat bising di kampung kami dan kampung sebelah iaitu Kampug Labu Lanjut. Sejak akhir-akhir ini gangguan binatang tersebut sudah tidak boleh dikawal lagi. Ini disebabkan binatang-binatang tersebut hilang tempat habitatnya berikutan penambahan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya