SAYA berpandangan, sudah tiba masanya Malaysia memperkenalkan Pendidikan Alam Sekitar di sekolah. Ini harus dilakukan untuk menggalakkan literasi alam sekitar seawal peringkat prasekolah. Menurut Program Pendidikan Alam Sekitar Antarabangsa, Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO-UNEP), mereka yang celik alam sekitar ialah individu yang memahami, membuat keputusan, bertindak selain mampu bekerja secara individu dan kolektif dalam menggalakkan keseimbangan antara kualiti hidup serta alam sekitar. Kerana itu, kurikulum baharu dengan pendekatan yang lebih holistik diperlukan dalam mencapai literasi alam sekitar. Ia adalah tambahan kepada sukatan pelajaran semasa berkaitan pendidikan alam sekitar…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya