FENOMENA berita palsu dan maklumat yang mengelirukan menjadi satu cabaran global yang semakin membimbangkan kerana ia boleh membawa kesan negatif serius, termasuk mencetuskan kekeliruan, menimbulkan ketakutan, memecah-belahkan masyarakat serta merosakkan reputasi individu mahupun organisasi. Oleh itu, literasi maklumat iaitu kemampuan untuk mengenal pasti, menilai dan menggunakan maklumat dengan bijak menjadi kunci penting bagi setiap individu. Kepentingan literasi maklumat ini disokong oleh kajian terkini yang mendedahkan bahawa 48 peratus responden dari…









