JABATAN Agama Islam Selangor (JAIS) akan bertindak tegas terhadap individu atau pihak yang memungut zakat di Selangor tanpa tauliah dari Majlis Agama Islam Selangor (Majlis). Seksyen 37 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 jelas memperuntukkan “Mana-mana orang yang memungut zakat atau fitrah atau menyebabkan dipungut zakat atau fitrah tanpa dilantik sebagai amil atau selainnya diberi kuasa oleh Majlis adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali”. Peruntukan ini turut menyatakan adalah menjadi suatu kesalahan bagi mana-mana…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya