SAYA tertarik dengan cadangan Cikgu Otai berhubung cadangan mengadakan sebuah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) untuk anak-anak warga pendidik, sebagaimana diterbitkan Utusan Malaysia pada 12 Oktober lalu. Menurut penulis berkenaan, langkah ini sebagai usaha mengenang jasa warga pendidik. Penulis mengatakan tidak semestinya kerajaan membina MRSM yang baharu kerana boleh meningkatkan perbelanjaan kerajaan. Cukuplah sekiranya kerajaan mengambil inisiatif mengisytiharkan salah sebuah MRSM sedia ada khusus untuk anak-anak warga pendidik. Bagi saya cadangan ini akan mengundang ketidakpuasan hati pelbagai kementerian lain kerana semua jabatan dan kementerian memainkan peranan dan menyumbang kepada negara.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya