MAJLIS Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC) menyambut baik pengumuman kenaikan kadar gaji minimum sebanyak RM200 berbanding kadar semasa RM1,500 sebulan sebagaimana diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi Belanjawan 2025. Jumlah kenaikan itu mencerminkan usaha kerajaan dalam sentiasa menitikberatkan aspek pendapatan rakyat, yang menjadi tunjang ke arah kehidupan lebih baik lagi berkualiti. UNI-MLC berpandangan kenaikan sebanyak RM200 itu juga patut disambut dengan baik oleh majikan dalam meningkatkan martabat pekerja. Ini kerana kita perlu mengambil pendekatan harmoni dan sejahtera bagi terus membaiki taraf hidup pekerja yang merupakan anggota…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya