KANSER kolon semakin menjadi perhatian di Malaysia sebagai kanser paling tinggi terjadi dalam kalangan lelaki dan kedua tertinggi dalam kalangan wanita selepas kanser payu dara. Kebanyakan pesakit didiagnosis pada tahap tiga dan empat, mengakibatkan rawatan yang lebih mencabar dan prognosis yang kurang baik. Gejala awal seperti tinja berdarah, perubahan pola buang air besar dan sembelit yang berpanjangan harus diambil serius. Banyak individu yang mengabaikan tanda-tanda ini sekali gus menyebabkan diagnosis lewat dan komplikasi serius seperti usus tersumbat dan pendarahan dalam usus besar. Masyarakat disarankan untuk peka dan menjalani pemeriksaan kesihatan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya