BARU-BARU ini kecoh tentang pertukaran 12 orang guru di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Pasir Gudang, Johor sehingga memerlukan campur tangan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang akhirnya memberi kata putus agar menangguhkan pertukaran tersebut. Alasannya, pertukaran guru terbabit menjejaskan momentum pelajaran murid kerana dilakukan di pertengahan sesi persekolahan. Ada logiknya apabila pertukaran guru terlalu kerap dalam masa setahun akan menyebabkan pelajar terpaksa menyesuaikan diri dengan kaedah pembelajaran guru yang sering bertukar ganti. Hal ini lebih memberi kesan sekiranya melibatkan kelas peperiksaan. Pentadbir ‘pening kepala’ untuk menyusun agihan guru-guru mengajar kerana…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya