KEMUNCULAN lolipop khayal ataupun lebih dikenali sebagai lollipop parti atau lollipop mabuk yang dipercayai mengandungi dadah semakin meluas di platform e-dagang tempatan menimbulkan kebimbangan dalam kalangan ibu bapa dan pihak berkuasa. Lolipop ini yang dilaporkan pertama kali ditemui pada Februari lalu di Bangkok tanpa disedari sudah mula dijual di laman platform e-dagang tempatan. Tahniah diucapkan kepada Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dan juga Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) yang bertindak pantas mengambil tindakan dengan membuat laporan polis tentang penjualan dadah itu di platform e-dagang. Lolipop ini dilaporkan mengandungi bahan berbahaya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya