SAYA berharap pihak bertanggungjawab dapat memberi perhatian terhadap kebajikan dan keselamatan orang kurang upaya (OKU) serta warga emas yang lemah, selain berkaitan aktiviti dan isu mobiliti terutama bagi golongan berpendapatan rendah. Sebagai seorang OKU, saya menyaksikan sendiri bagaimana perasaan kecewa, bahaya dan tidak berdaya ketika melintas jalan di Jalan Burma di hadapan Persatuan Buddha Pulau Pinang. Kami ambil maklum tentang kewujudan lampu isyarat dengan masa yang sebenar. Ia lebih selamat dan biasa digunakan. Oleh itu, kami memohon Kerajaan Pulau Pinang segera memberi perhatian dan menggantikan lampu isyarat di hadapan Persatuan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya