SAUDARA PENGARANG, KADAR muflis dalam kalangan penjawat awam menjadi isu yang semakin mendapat perhatian dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Fenomena ini bukan sahaja memberi kesan kepada individu terlibat, tetapi juga kepada organisasi, masyarakat dan ekonomi negara secara keseluruhan. Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada peningkatan kadar muflis ini. Salah satunya, pengurusan kewangan yang lemah. Ini termasuk pemahaman yang tidak mencukupi tentang perancangan kewangan, pengawalan perbelanjaan dan pentingnya menyimpan. Akibatnya, mereka terjebak dalam hutang yang tidak terkawal. Kenaikan harga barang dan perkhidmatan memberi tekanan terhadap pendapatan bulanan. Ramai terpaksa berhutang untuk…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya