TANGGAL 20 September lalu telah meninggalkan memori paling bersejarah apabila bergemanya laungan reformasi yang menjadi bualan generasi muda. PKR terus dapat bertahan sehingga hari ini kerana agenda yang dibawa sangat dekat sekali dengan aspirasi rakyat terbanyak. Gema laungan reformasi berkumandang sepanjang berlangsungnya Himpunan Gerakan Rakyat menggamatkan suasana di luar dan dalam Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil tempoh hari. Mencuri perhatian apabila kelibat seorang wanita muda, Nur Aishah Zainol yang merupkan aktivis dan anggota jawatankuasa cabang Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pematang Pauh bangun tanpa menghiraukan orang ramai dengan bersemangat melaungkan kata-kata…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya