Siapakah wakil rakyat kita yang ideal?

Siapakah wakil rakyat kita yang ideal?

SEORANG wakil rakyat yang dipilih dalam pilihan raya perlu akur yang dirinya menjadi milik rakyat sepenuh masa.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

HARI ini wakil rakyat datang dengan pelbagai harapan, ekspektasi dan cabaran.

Dunia realiti seorang wakil rakyat adalah seorang yang bersikap empati terhadap keperluan penyokongnya atau dengan memerhati setiap tindakan kerja dan bertanggungjawab.

Seorang wakil rakyat sepatutnya menjadi contoh ikutan serta mempamerkan sikap teladan yang boleh merentasi proses pendemokrasian yang mana transisinya akan membawa kepada kematangan berpolitik termasuk gaya kehidupannya. Mereka juga rakyat perlu akur yang dirinya telah menjadi milik rakyat sepenuh masa.

Seorang wakil rakyat sebaik-baiknya dapat melestarikan tanggungjawab kepada komuniti atau penduduk serta negeri dan parti yang diwakilinya. Kehadiran wakil rakyat di kesemua komuniti atau program sebenarnya adalah harapan masyarakat setempat baik di sekolah, dewan keramaian, balai raya atau menjenguk orang terlantar sakit.

Selain itu seorang wakil rakyat tidak boleh mengelak daripada berdepan dengan kehadiran rakyat yang mempunyai ideologi politik yang berbeza.

Justeru seseorang yang ingin menjadi wakil rakyat hendaklah dalam kalangan seorang individu yang proaktif dan memiliki pengalaman sebagai aktivis politik atau kepartian.-UTUSAN

PEMERHATI BEBAS POLITIK
Pulau Pinang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya