Sangat ramai askar Israel cacat, cedera parah tidak dilaporkan

Sangat ramai askar Israel cacat, cedera parah tidak dilaporkan

SEKIRANYA umat Islam dalam perang mengalami kesakitan, begitu juga dengan musuh. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SEPERTI yang dilaporkan secara rasmi oleh Jabatan Pemulihan Kementerian Pertahanan Israel pada 15 Ogos lalu, seramai 10,056 tentera Israel mengalami kecederaan sejak bermulanya perang. Bukan itu sahaja, seramai 1,000 orang askar mereka menerima rawatan disebabkan kecederaan parah pada setiap bulan sejak Oktober tahun lalu, termasuk 35 peratus mengalami masalah psikologi serta 37 peratus alami kecederaan pada tangan dan kaki.

68 peratus daripada askar simpanan mengalami kecacatan, 51 peratus daripada mereka adalah antara umur 18 hingga 30 tahun dan 31 peratus adalah antara umur 30 hingga 40 tahun.

Seramai 2,800 anggota alami masalah gangguan psikologi akibat perang, termasuk kebimbangan (anxiety), kemurungan, gangguan tekanan akibat trauma, kesukaran menyesuaikan diri dan kesukaran berkomunikasi dengan orang lain.

Lebih 3,700 lagi mengalami kecederaan pada anggota badan, 192 cedera kepala, 168 cedera mata, 690 cedera tulang belakang dan 50 askar dipotong anggota tangan dan kakinya.

Kemungkinan besar berganda-ganda angka cedera tetapi tidak dilaporkan.

Kehilangan upaya dalam kalangan mereka menghalang kemampuan untuk bekerja biasa seperti sebelum perang. Ini menyebabkan penguncupan ekonomi Israel kerana ramai rakyatnya tidak dapat bekerja. Ditambah pula lebih 500,000 daripada rakyat Israel meninggalkan negara buat selama-lamanya.

Sekiranya umat Islam dalam perang mengalami kesakitan, sungguh musuh juga alami kesakitan. Tetapi perbezaan besar antara kesakitan umat Islam dan musuh ialah umat Islam reda dan diharap memperoleh ganjaran daripada Allah manakala musuh pula mengalami kerugian di dunia dan di akhirat selain diazab dengan seksa.-UTUSAN

MEGAT AIMAN HAKIM MEGAT SHARIFFUDIN
Penyelidik Palestine Center of Excellence

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya