SAUDARA PENGARANG, SESETENGAH sekolah terpaksa mengadakan cabutan bertuah sebagai tarikan dalam usaha untuk menarik kehadiran ibu bapa ke mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Walaupun pendekatan ini kelihatan berkesan untuk menarik perhatian ibu bapa tetapi mencerminkan budaya yang tidak sihat dan mengabaikan tujuan utama mesyuarat tersebut berkaitan isu pendidikan yang sepatutnya menjadi keutamaan. Wang yang digunakan untuk menyediakan hadiah cabutan bertuah sepatutnya dialokasikan untuk kelestarian pendidikan. Dana tersebut boleh digunakan untuk membeli buku rujukan, peralatan pendidikan atau memperbaiki kemudahan sekolah. Dengan cara ini, setiap ringgit yang disumbangkan dapat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya