SAUDARA PENGARANG, MUNGKIN ramai sebenarnya sudah sedar tetapi gagal mengawal keinginan untuk mengubah suai motosikal, lebih-lebih lagi jika ada ‘hasutan’ dalam kalangan rakan mahupun media seperti iklan, drama atau filem sehingga pengubahsuaian itu dilakukan secara berlebihan, sekali gus mengundang bahaya. Sekiranya ada yang meminati pengubahsuaian kenderaan atau berhasrat menambah aksesori, ia tidak salah selagi tidak membahayakan diri sendiri atau merisikokan pengguna jalan raya yang lain. Pemasangan lampu berwarna secara logiknya boleh menyakitkan mata orang di hadapan. Lampu LED biasa yang dibenarkan mengikut undang-undang adalah bertujuan untuk menjaga keselamatan pengguna. Jadi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya