SAUDARA PENGARANG, PADA 22 Mei 2024, kerajaan Malaysia telah menghantar delegasi ke mesyuarat Konvensyen Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW) di Geneva diketuai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri. Delegasi ini juga disertai badan-badan bukan kerajaan dan agensi kerajaan yang berkenaan termasuklah Jabatan Kehakiman Syariah (JKSM), Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pendidikan, Kementerian Kesihatan dan lain-lain. Semasa sesi dialog, JKSM diminta mengulas tentang beberapa isu yang menimbulkan kegusaran kepada pihak CEDAW. Seperti yang dijangkakan, isu-isu yang khusus dipegang oleh umat Islam seperti poligami, fara’id dan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya