SAUDARA PENGARANG, SEDIH dan membimbangkan bila terbaca laporan sebanyak 10,160 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 tidak hadir peperiksaan. Sesungguhnya pengumuman Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan merupakan angka yang membimbangkan kerana mereka terdiri daripada golongan belia. Saya berharap Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bukan sahaja perlu meneliti secara terperinci berhubung perkara ini tetapi menggerakkan pasukan dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Kementerian Belia dan Sukan termasuk pemimpin masyarakat bagi mengesan dan mendapatkan penjelasan mengapa ini terjadi. Rata-rata dalam temu bual dan kenyataan menyatakan ketidakhadiran pelajar ini disebabkan faktor kemalangan, kecemasan, bencana,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya