SAUDARA PENGARANG, TAMAN Tasik Metropolitan yang mempunyai kemudahan serba lengkap menerima kehadiran pengunjung agak ramai terutama ketika hari minggu. Namun ada segelintir pengunjung tiada kesedaran sivik apabila dengan sesuka hati meletak kenderaan di tempat meletak motosikal, sedangkan sudah dibina parkir bertingkat. Tindakan sedemikian pastinya menyusahkan dan memberi masalah kepada mereka yang bermotosikal. Untuk pengetahuan pembaca dan pihak berkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), aduan secara lisan telah dibuat terhadap pengawal yang bertugas di bilik yang menempatkan kamera litar tertutup (CCTV) berhubung masalah ini. Namun tiada tindakan diambil dan tidak boleh…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya