Tugas kita lindung burung pipit dari pupus

Tugas kita lindung burung pipit dari pupus

BURUNG pipit semakin diancam kepupusan ekoran perubahan gaya hidup dan persekitaran yang tidak sesuai dengan habitat spesies burung itu. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

DUNIA baru sahaja menyambut Hari Burung Pipit Sedunia pada 20 Mac lalu.

Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam Semula Jadi (IUCN) sedang menyediakan senarai spesies terancam. Satu perkara yang dikesalkan kerana nama burung pipit termasuk dalam senarai itu.

Penyelidik dan saintis memulakan usaha untuk mencari jawapan kepada persoalan bagaimana spesies burung yang pernah dominan tiba-tiba boleh pupus.

Kemusnahan habitat burung tanah lembap, kehilangan tumbuh-tumbuhan semak dan pengurangan tempat pembiakan dilihat sebagai faktor yang penyumbang kepada penurunan burung pipit. Tetapi sebab utama penurunan bilangan mereka adalah kekurangan serangga dan bijirin.

Dengan pembinaan rumah simen di kawasan bandar atas nama tamadun, burung pipit dibiarkan tanpa tempat berteduh. Dan bijirin kecil seperti sekoi, jagung, rai dan beberapa jenis lain merupakan makanan asas haiwan itu tidak lagi ditinggalkan diluar rumah sebaliknya disimpan dalam plastik di dalam rumah.

Oleh kerana burung pipit mempunyai keupayaan untuk merasakan perubahan dalam persekitaran, spesies burung ini digunakan sebagai penunjuk bio persekitaran bandar yang sihat. Dengan kemerosotan spesies ini, kesihatan manusia juga mula merosot.

Perubahan gaya hidup, perubahan iklim, pencemaran gelombang mikro, kemerosotan alam sekitar yang disebabkan oleh ketamakan manusia untuk hidup juga merupakan menyebabkan kepupusan spesies ini.

Kerana itu, manusia mempunyai tanggungjawab besar untuk mencipta dan melindungi alam sekitar agar burung pipit juga boleh mendiami negara ini sekali gus membentuk ekosistem yang baik.-UTUSAN

N.V.SUBBAROW
Pegawai Kanan Pendidikan dan Alam Sekitar Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN