Platform atas talian kembangkan perniagaan rumah inap di Kuala Nerus

Platform atas talian kembangkan perniagaan rumah inap di Kuala Nerus

RUMAH inap di Kuala Nerus menggunakan teknologi dan digital untuk meningkatkan sumber pendapatan. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

KEUNIKAN Kuala Nerus, Terengganu serta lokasinya yang strategik telah meningkatkan lagi bilangan rumah-rumah inap seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Walaupun akhir-akhir ini terdapat juga peningkatan kes melibatkan penipuan tempahan sewaan rumah inap, namun dengan strategi dan kerjasama antara pihak berkepentingan tempatan, industri pelancongan dan kerajaan, hasrat untuk memaksimumkan potensi rumah inap sebagai sumber pendapatan tambahan bagi penduduk tempatan dapat dilaksanakan.

Dengan adanya platform atas talian yang menyediakan maklumat tentang ketersediaan penginapan, aktiviti-aktiviti tempatan, tempat-tempat menarik serta pakej pelancongan membolehkan pelancong merancang lawatan mereka dengan lebih mudah.

Pendigitalan juga membolehkan pembangunan aplikasi interaktif yang memberikan pendedahan kepada pelancong tentang budaya tempatan, termasuk makanan tempatan dan adat istiadat. Melalui aplikasi interaktif ini, para pelancong dapat mengakses panduan pelancongan secara digital yang secara tidak langsung dapat meningkatkan tarikan serta memudahkan lagi pelancong untuk menjelajah sesebuah kawasan.

Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah menganjurkan empat siri bengkel melibatkan lebih 100 pengusaha-pengusaha rumah inap di Kuala Nerus dengan setiap bengkel mempunyai fokus iaitu pengiklanan di Google Business, pembangunan laman web, pengiklanan di media sosial serta akta dan perundang berkaitan rumah inap.

Bukan sahaja para pengusaha rumah inap ini mendapat pendedahan terhadap teknologi agar terus berdaya saing, malah komuniti tempatan juga memperoleh manfaat melalui peningkatan pendapatan serta ekonomi tempatan dengan kehadiran pelancong.

Di era yang terus berkembang ini, integrasi teknologi dalam industri pelancongan adalah penting bagi memastikan kelestarian dan keunggulan Kuala Nerus sebagai salah satu destinasi pelancongan terkemuka bukan sahaja di Terengganu dan Malaysia, malah juga di seluruh dunia.-UTUSAN

PROFESOR MADYA DR. SITI NUR ‘ATIKAH ZULKIFFLI dan DR. NUR AMALINA MOHAMAD ZAKI
Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya