SAUDARA PENGARANG, Jika ditelusuri dalil-dalil al-Quran dan hadis, kita digalakkan untuk berlumba-lumba melakukan kebaikan dan berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan. Orang-orang yang beriman diseru agar membelanjakan sebahagian daripada hasil usaha untuk dikongsi dengan mereka yang berhak dan memerlukan. Di sisi lain, Islam tidak menggalakkan budaya meminta-minta atau mengemis, sebaliknya menggalakkan umatnya bekerja keras mencari rezeki serta hidup secara bermaruah dengan memiliki harta selain membelanjakannya untuk keperluan diri, keluarga, masyarakat serta negara. Lembaran sejarah Islam telah memaparkan kegigihan para Nabi dan Rasul bekerja membanting tulang mencari rezeki serta menunjukkan contoh…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya