HIMPUNAN Gerakan Islam Malaysia (Hikam) menyambut baik saranan agar isu Palestin menjadi titik permulaan pemimpin Islam, sama ada di pihak kerajaan mahupun pembangkang untuk melakukan gencatan politik. Ini selari dengan firman Allah yang bermaksud: “Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.” (Al-Hujuraat: 10) Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik pada 2021 seharusnya menjadi landasan gencatan politik agar perjalanan tadbir urus negara dan negeri dapat berjalan lancar tanpa insiden peralihan kerajaan yang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya